Sunday, April 20, 2025

Anak gajah mati dilanggar kereta di Sandakan

LAHAD DATU: Seekor anak gajah dipercayai mati akibat dilanggar sebuah kereta perodua Viva dalam satu kemalangan di Kilometer 13 Jalan Lahad Datu-Sandakan pada awal pagi Sabtu.

Pegawai Jabatan Hidupan Liar Lahad Datu, Sylvester Saimin memaklumkan anak gajah Itu mati dilokasi kejadian kira-kira jam 2.16 pagi.

Bagaimanapun pemandu seorang lelaki rakyat tempatan tidak mengalami kecederaan namun kereta perodua Viva yang dipandunya rosak di bahagian hadapan kereta.

Dalam kejadian itu, anak gajah berkenaan dikatakan sedang melintas secara tiba-tiba menyebabkan pemandu kenderaan tidak dapat mengelak lalu melanggar anak gajah itu.

Menurut Syelvester, mereka sudah membuat post mortem kemudian menanam bangkai anak gajah berkenaan pada Sabtu.

– Tv Sabah News

Banner Content

0 Comments

Leave a Comment

Verified by MonsterInsights