1,000 tinggalkan Warisan di Tenom

TENOM: Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menerima kira-kira 1,000 bekas penyokong Parti Warisan dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang kini beralih sokongan kepada GRS di sini.
Katanya, bekas penyokong itu mahu beralih kepada parti pemerintah kerana hanya dengan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) mereka akan dapat perhatian.
Sehubungan itu, beliau meminta rakyat Sabah menolak parti pembangkang khususnya Warisan dan konco-konconya dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 yang akan dilaksanakan pada 19 November depan.
“Undilah calon GRS supaya kita dapat melakukan yang terbaik dalam perjuangan
mempertahankan hak dan kepentingan rakyat dan negeri Sabah. Supaya aspirasi rakyat
dapat kita tunaikan.
“Tunjukkan melalui undi bahawa rakyat Sabah sudah sedar dan boleh bersatu dalam
GRS. Rakyat mesti menyokong dan mengundi calon-calon GRS agar kita
menang cemerlang dalam PRU-15,” tegasnya.
Di majlis yang sama, Hajiji mengumumkan bahawa Kerajaan Negeri akan mengeluarkan sebahagian tanah dalam kawasan Sabah Forest Industries (SFI) untuk dijadikan rizab kampung untuk rakyat.
“Kita akan mengeluarkan tanah itu bagi memastikan rakyat kita yang tinggal di kawasan
SFI mendapat kawasan perkampungan yang rasmi untuk anak cucu mereka,” katanya.
– Tv Sabah News
0 Comments